Followers

Wall Post

Chapter seterusnya akan di post pada malam ini. 16 Dec.. Nantikan sambungan kisah Elisa

Sedutan Chapter 1



Jam di tangan menunjukkan 7:30pagi. 7.30, aku dah lambat. Tapi kenapa aku masih lagi melekat di meja makan. Aku kena sampai ke ofis pukul 8:30 pagi.
Elisa, ini bukan sikap seorang pekerja yang berdisplin dan pernah mendapat anugerah pekerja contoh. Ini bukan sikap seorang pekerja yang mementingkan prestasi di tempat kerja. Teruk, teruk.
Aku menggeleng kepala, pantas tangan mengangkat mug.

Harumnya bau kopi.  Sarapan pagi sempurna bila adanya segelas kopi.Aku meneguk air kopi laju, mengikut rentak lagu laju yang terlintas di kepala.

Kebenarannya,aku masih lagi tidak berpuas hati dengan kejadian semalam yang menimpa aku. Aku tak pernah lupa jadual servis kereta dan semalam, kereta aku rosak di tengah jalan yang sesak. Kisah memalukan yang teramat sangat membuatkan aku trauma, sehinggakan aku terbawa ke dalam mimpi dan menyebabkan aku terlambat hari ini. Aku tak pernah silap. Tak.

Nama aku Elisa Elias. Seorang yang fokus dalam setiap perkara dan membuat kerja pada tahap yang sempurna, sentiasa menganalisis setiap perkara dengan berpandukan logik sendiri, dan paling penting tiada apa alasan yang boleh diberi jika ia berkenaan dengan kerja.

Dalam beberapa hari ini, seperti ada yang mengganggu fikiran aku.  Mungkin kerana terlalu fikirkan keputusan yang diambil oleh lembaga pengarah meluluskan projek Kuala Selangor yang tiada nilai komersial. Lebih mengusutkan fikiran apabila tekanan diserahkan kepada aku. Aku diberi tanggungjawab menguruskan projek itu.

Elisa Elias
Pengurus Projek??

Aku masih terkejut dengan perkhabaran tempoh hari, dan terlalu terbawa dengan hal ofis dan terlupa beberapa perkara dan seperti contoh, jadual servis kereta. Malah lebih malang, kereta aku rosak di tengah jalan yang sedang sesak. Tebalnya muka apabila di hon bertubi-tubi oleh kereta di belakang aku semalam.

Belting sudah putus, itulah yang aku dengar daripada mamat yang towing kereta aku semalam. Dan ayat itu jugalah yang aku dengar di dalam mimpi aku malam semalam menyebabkan aku terlambat bangun hari ini.

Aku mengunyah roti disapu kaya. Ini makanan paling lazat mudah dan cepat yang aku mampu buat. Tak perlu hidupkan gas, tak perlu memasak. Lagipun, aku semakin sibuk dengan kerja.

Cerita tentang kerja.
Aku tak patut hilang fokus. Sepatutnya aku lebih gembira mendapat diberi tangungjawab menjadi pengurus projek itu.
Aku memang gembira.
Aku melebarkan senyuman. Sekali lagi, roti disuakan ke mulut.

Mata aku kembali melihat jam tanganku. 7.32pagi. Kelajuan kunyahan roti dicepatkan.
Aku dah lambat!

“ Kau  ok?”
Hukkk!!!!
Aku tersedak, roti yang dikunyah hampir terkeluar.
“Mellll………” 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...