Followers

Wall Post

Chapter seterusnya akan di post pada malam ini. 16 Dec.. Nantikan sambungan kisah Elisa

Sedutan Chapter 6

Pagi Ahad ini aku bangun dalam keadaan yang sedikit pening.
Jari aku mengurut kepalaku. Berkira-kira apa yang menyebabkan aku begini, mungkin kurang rehat atau terlebih enjoy semalam menemani Zara yang sedang lara.

Baru aku tahu kenapa Zara ajak aku keluar semalam. Rupanya bergaduh dengan skandalnya Ammar. Nama saja skandal, tapi bila bergaduh mengalahkan orang bercinta. Demi menjaga hati Zara aku keluar juga. Perlahan-lahan aku selak selimut, meraba ke meja sisi katil mencapai telefon dan bangun terus menuju ke bilik air.

Biasalah hari Ahad, aku hanya membasuh muka dan mengosok gigi. Mandi selalunya kemudian selepas basuh dan mengemas rumah. Aku berfikir fikir sarapan pagi apa yang nak aku makan hari ni. Mungkin aku boleh pergi ke mamak atau makan saja apa yang ada kat dapur itu. Keluar saja dari bilik aku terus mencari Mell. Bayang pun tak nampak..hmm.. keluar ke? Baru pukul 7.30. Aku terus ke dapur untuk membuat secawan kopi dan kelihatan seperti ada sesuatu yang terhidang di bawah tudung saji atas meja. Mell masak ke? Mana pula dia ni? Lantas aku buka tudung saji dan aku nampak nasi lemak yang di masak oleh Mell. Pucuk di cinta ulam mendatang. Aku terus ke bilik untuk mendapatkan telefon.
Oh rezeki…

One message received.

Salam Elisa, aku da masak nasi lemak tu. Sori la tak dapat teman ko makan.Aku keluar jogging ni.
M

Tak perlu aku keluar cari mamak, atau makan roti yang di sapu majerin dan gula.aku terus ke dapur terus menikmati sarapan pagi bertemankan kopi panas. Sambil menyambil tu aku membelek Cleo edisi bulan lepas. Malas aku nk keluar mencari surat khabar hari ini. Aku bercadang hendak kemas rumah, basuh baju dan semak balik fail- fail untuk meeting esok. Esok hari penting 2nd draft projek akan dibincangkan. Aku kena buat yang terbaik.

One message received.

Hai babe, you buat ape, free tak? Boleh tak teman I main tennis.
Z

Tak boleh! Banyak kerjalah! Masih banyak lagi kerja yang perlu aku perlu buat.
Tak mungkin aku akan pergi. Banyak lagi fail perlu disemak untuk esok. Esok ada meeting penting.
Sorry Zara, next time I teman you main tennis.

Okay boleh jer. See you.
E

Tak sampai hati pula nak cakap tak. Padahal kalau di ikutkan aku perlu rehat yang secukupnya untuk hari esok. Memang aku dah semak semuanya hari Jumaat lepas, tapi kena lah buat semak semula untuk pastikan tiada masalah atau kesilapan langsung. Aku mahu semuanya berjalan dengan baik. Takpalah aku ada masa lebih daripada cukup untuk aku semak fail-fail ni semula. Semakin lama aku rasakan aku perlu habiskan lebih cepat kerja ini, masa dah menunjukkan masa pukul 3 petang.

Aku buat semakan terakhir untuk slide presentation esok. Aku scroll satu persatu slide dan rasanya dah tiada masalah. Jadi, aku pun tutup laptop dan terus bergegas untuk bersiap.
Tetapi dah sebulan aku tak main tennis.
Nak pakai baju apa ini?
Nanti tampak over sangat dengan skill yang ala-ala dah tumpul ini .Aku kena pakai baju yang agak-agak macam amatur sikit. Sambil membelek-belek almari aku terus mencapai baju Nike belang kelabu kegemaran aku. Sebelum tu baik aku mesej Zara dulu kalau ada dia bawa sesiapa join sekejap lagi.

Zara, sape lagi yang join kita main tennis. I just nak tanya, mana lah tahu ada someone I have to impress.
E

Send
One message received.

Oh babe, pakai la lawa lawa sikit. Ammar bawak
kawan baik dia. He’s a nice guy. I kenal dia.
Z


Ammar? Da baik pula dia ni dengan Ammar. Kalau Ammar dah playboy tak mustahil lah kawan-kawan dia pun spesies macam tu juga. Ah takpalah pakai yang aku selesa sudah. Tak perlu nak beriya sangat. Lagi pun, orang datang kelab tennis nak main tennis bukan nak melawa. Kalau ikutkan aku pernah terbaca satu artikel ini, kalau kita nak jumpa orang baru selalu dekat gym atau kelab-kelab sukan. Jadi tak salah lah kalau aku nak impress orang pun. Baju kelabu ini dah okay.

Aku dah bersedia untuk main tennis. Cuma mana pula aku letak raket aku ni. Rasanya dalam stor. Aku membuka zip raket dan melihat condition raket ini. Sama ada masih boleh okay atau tidak. Aku cuba mengimbas kali waktu waktu kehebatan aku bermain tennis sambil cuba menghayun raket. Mana lah tahu boleh ingat balik skill lama.
Baju check.
Seluar check.
Raket check.
Semua okay. Boleh mula bergerak.
Hey ho!Lets go!
C opp!!!
Eh Mell tak balik lagi.
Aku baru teringat. Kata pergi jogging, tak kan lah pergi jogging sampai pukul empat petang tak balik lagi. Mana minah ni. Jogging ke dating?. Ke ada emergency?
Aku terus tekan speed dial nombor 5. Mell

“Hello mell.”
“Waalaikumsalam” Perli Mell secara halus.
“Salam. Mell kau kat mana ni. Takkan dari pagi sampai petang kau tak balik jogging lagi”
“Oh sorilah memang aku pegi jogging tadi, tapi aku kuar terus aku da bawak baju siap-siap”
”Bawak baju siap-siap? Macam pelik je”
”Aku jogging kat Bukit Jalil tadi. Aku pergi umah kakak aku kat area ni. Ni on the way bawak anak-anak kakak aku berjalan-jalan jap”
“Oh ye ke? Aku ingat kau kene culik tak pun kau tengah menyiasat kes pembunuhan ke” Aku menghambur tawa.
”Ah kau ni merepek je Elisa, malam nanti aku balik.Ok.”
”Ok.Aku nak keluar main tennis dengan Zara ni. Take care”
”Take care”

Rasanya macam lapar la pulak. Pagi tadi je aku makan. Tengah hari aku lupa nak makan sibuk buat kerja tadi. Nak singgah McD ke tak. atau nak makan kat kelab je. Aku rasa lebih baik aku makan kat kelab saja lah. Dapat sandwich alas perut pun okay,lepas je main tennis aku ajak Zara pergi makan kat mamak bistro kegemaran aku. Boleh perkena maggi goreng sepinggan. Telur mata atas!
Pintu dikuak dan aku melangkah keluar daripada rumah menuju ke lif!

“Hai Elisa”
Eh dia tau nama aku.
“Mell ade tak Elisa?” Aku memandang dengan muka yang plastik. Senyum tak ikhlas.
“Ah takde. Dia tak balik lagi.”
“Ok awak nak pergi mana ni”
Itu saja ke soalan yang mamat rempit ni boleh fikirkan.

“Saya nak pergi main tennis.” Aku menjawab ringkas.
“Oh tennis, pandai awak main tennis” dengan suara tak bersalah, penuh minat.
“Bolehlah sikit. Ni pun lama tak main.”
“ Eh awak selalu main tennis kat mana.” Ya Allah panjang pula soalan dia. Aku ingat da habis da. Cepatlah lif ni sampai bawah
“Oh main kat Subang. Ni awak nak pergi mana ni”
”Saya? Saya nk pergi jumpa kawan jap”
”Oh ok. Selamat la yaa..” pintu lif terbuka.
”Ok bye” Aku cepat2 melangkah pergi meninggalkan mat rempit itu terpinga -pinga.
Biarlah.

Aku rasakan seperti mata mat rempit tadi masih mengekori langkah aku, Dan aku perlahan-lahan melangkah menuju ke kereta. Tak sangka pulak aku petang-petang macam ni mat rempit dah keluar. Bukan selalunya malam-malam ke baru keluar?
Mell layan ke orang macam ni?
Harap-harap lah tak layan aku taknak lah kawan- kawanaku terjebak dengan orang-orang macam ini. Mellkan orang bijak pandailah dia jaga diri. Lagipun dia orang yang baik.

Setibanya masuk ke dalam kereta, yang penting aku kena buka radio untuk menemani perjalanan aku ke Subang. Nasib baiklah kereta ini dah sihat kalau tak teksi lagi jawapannya.

Aku memandu kereta laju keluar dari kawasan kondominium menuju ke destinasi. Zara dah sampai ke belum? Silap-silap aku yang sampai dulu ni. Selalunya kami berjumpa pukul 4.30. Tapi tak tahu lah si Zara ini dah sampai ke belum, biasalah Zara. Dalam 20 minit aku dah sampai ke kelab tennis. Lebuh raya persekutuan ni boleh tahan la lengangnya dia waktu hujung minggu

Aku meletakkan kereta aku berdekatan dengan pintu masuk kelab. Aku nak kurangkan pengunaan tenaga sebab kejap lagi aku nak gunakan 110% tenaga untuk main tennis. Mana boleh kalah.
Ini Elisa lah.
Dalam perjalanan aku menuju ke pintu masuk, handphone aku berbunyi. Mesti Zara, dia dah sampai ke? Pelik aku dia sampai lagi awal dari aku.
Kringg!!!
En Haris calling.

En Haris yang mana satu ni. Silap la hari tu, kenapa aku tak simpan nama dia ada PH kat belakang.
Berkerut-kerut dah aku memikirkan siapa yang menelefon. Tarik nafas panjang-panjang.

“Hello Elisa”. Suara yang kedengaran di hujung talian bukan milik bos aku Encik Haris, tapi Haris PH!
Alamak En Haris permata holdings ni. Entah apa yang dia mahu hari Ahad macam ni, katalah lebih komited dari aku!

“Hai Mr Haris. Ye,ade ape ye?”
“Oh Elisa I just wonder if petang ni you free.sebab ada benda I nak tanya pasal meeting esok”
Alamak semalam kata dah ready. Hari ni kata ada problem pula. Aku dah sampai tempat nak main tennis dah ni.

“Ah okaylah Mr Haris, since you call l pun da lewat boleh tak you datang join I kat kelab tennis Subang ni. Boleh kite discuss kat sini je? Sebab I da buat temujanji dengan my friend kat sini” aku membuat satu tindakan untuk menyelamatkan situasi.
“Ah ok. I see u there.”
“Nanti, you tau ke tempat ni”
“Tau kot. I rasa I tau.tapi nanti ape-ape nanti I will call you. I’ll be there in 10 minutes.”
“Ok then. See you”

Aku terus menuju ke café kelab. Aku harap Haris dapat sampai awal sebelum Zara datang sebab aku taknak nanti nampak macam aku terpaksa temankan dia main tennis. Aku terus mendapatkan sandwich. Perut aku perlu di isi dulu. Sandwich dan oren. Cukup untuk memberi aku tenaga untuk sementara ni.

“Hai welcome” ceria nya mamat ni menyambut aku.
“Hai. How much ya?” aku cuba berbahasa lembut.
“Five ringgit mam” Eh dia ni tak boleh ambil hati lansung. Aku panggil dia adik,dia pula panggil aku mam. Muka aku macam makcik ke? Gaya aku macam makcik ke? Aku tiada hati nak betulkan. Biar jelah. Aku menghulurkan duit dengan senyuman tak berapa ikhlas aku.

Aku menuju ke meja yang agak terpencil dari orang. Supaya aku senang sikit nak berbincang dengan Haris nanti. Lagipun aku taknak tunjuk kegelojohan aku makan sebab aku dah lapar sangat. Setelah meninjau keadaan café, aku menuju ke satu tempat duduk di sudut tepi, aku melabuhkan punggung.

Aku mencari telefon dalam sport handbag dan mendail nombor Zara.
Call waiting…
Zara mungkin di talian dengan orang lain. Mungkin student dia call. Tak berapa kemudian aku mendapat pangilan semula dari Zara. Dengan pantasnya aku menekan butang hijau.

“Hello Zara”
“Hei babe, you dah sampai ke?” cara Zara tanya macam baru hari ini aku sampai lebih awal dari dia.
“Sampai dah you kat mane?”
“Sori babe. I lambat sikit eh. I tunggu Ammar pick up I. My car my sister guna”
“Ok takpe. I tunggu you. What time you sampai ni”
“Tak sure, I tgh tunggu Ammar je ni’
“Its ok take ur time. See you.” Sejurus itu aku mematikan telefon dan membuka balutan sandwich yang dibeli tadi. Nampak dari rupa macam sedap. Sebelum sempat aku menjamah sedikit sandwich itu, telefon aku berdering. Mengalunkan nada standard Nokia.
Aku pasti Haris PH da sampai. “ Hello Mr Haris, dah sampai ke?”
“Hai Elisa, sorry I rase I dah tersalah jalan.”
Alamak sesat pula mamat ni. Tadi kata tahu jalan. “Sekarang ni you kat mana?”
“Kat depan Holiday Villa”
“Oh ade satu simpang kecik on your left before sampai Holiday Villa tu”
“Ok kalau takde masalah dua minit lagi I sampai kot.”
“Memang pun tak jauh dah tu. I tunggu kat café eh” aku cepat cepat mematikan telefon dan terus menjamah sandwich tadi. Ah nikmatnya. Sedap. Sama ada aku terlalu lapar atau sandwich ni sememangnya sangat sedap. Aku mengeluarkan novel Sophie Kinsella yang dah berbulan aku beli tapi masih tak berkesempatan untuk menghabiskan. Aku suka pada waktaknya, hidupnya tak terurus, terlalu banyak benda menggangu dia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Secara tiba-tiba boleh jatuh cinta dengan bos sendiri. Lebih kurang bos itu macam En Haris la. Aku jatuh cinta dengan En Haris? Eh simpang malaikat 44.Nak tengok muka dia pun aku boleh hilang mood lagi nak jatuh cinta.. huh?!

Dalam tak sedar dua set sandwich yang aku beli tadi dah habis.
“Hai Elisa. Finally I dapat juga jumpa jalan”




nantikan sambungan seterusnya.. apa yang terjadi pada Elisa. silalah like kami di fb:P

Chapter 5 part 2

****

“So, macam mana tadi!!??”
Suara Zara separuh menjerit, berlawan dengan bunyi muzik kuat di dalam kelab ini.
“Macam mana apa!!??”
Aku juga menjerit sama.
“Your housemate yang nak pergi SMC tu??!!”
“Ohh…dia negative H1N1!”
Zara mengangguk kepalanya. Kemudian wajah disuramkan sekelip mata.
“You kenapa??!!” Aku menarik tangan Zara perlahan ke kawasan kurang bingitnya.
“Amar…”lemah Zara mengalunkan suaranya.
“Ha..kenapa dengan Amar?”
“I rasa dia cheat on me la…”
“You rasa? You ada jumpa dia dengan perempuan lain ke?” Aku menyoal Zara bertubi-tubi. Zara hanya menggelengkan kepala.

“Zara..listen, lelaki ni semua sama. They all ni buat kita untuk suka-suka je. Bila dah boring, they all blah! Mana ada sincere lelaki sekarang ni!” Zara hanya memandang aku. “ You ingat lagi dengan my so-call-good –friend Azam! Dia tinggalkan you macam tu je kan?? Without explanation!”
“Azam tu lain Elisa…” Zara membela.
“Hey..apa yang lain?? Sama je..Macam ni..if you dah rasa tak okay dengan si Amar ni, move on lah!Jangan terhegeh-hegeh, you bukan tak cantik, you bukan tiada siapa yang nak.”

Aku cuba memberi pendapat.
“I tak tahulah your love dengan Amar..you bagitahu I you skandal je dengan dia, since dia pun tak serius dengan you..So now, what happened to you?You dah jatuh cinta ke?”
Zara mengangguk perlahan, kemudian aku mengeleng.
“Oh my..”
Aku menekup mulut.
“Listen, I bagitahu you, is the best thing for you to know him first..and choose the right guy okay??” Aku memeluk Zara.
“Thanks Elisa…”
“Excuse me..” Seorang lelaki berkemeja menyapa kami.
“Im Dany..” Dia kemudiannya menghulurkan tangan, berjabat tangan dengan aku dan Zara. Setelah itu, aku tinggalkan Zara bersama lelaki itu.
“All the best…”sempat aku bisikkan di telingannya.
Zara tersenyum lebar.

Chapter 5 part 1

Sebaik sahaja aku mahu tiba di perkarangan rumah, aku mendapat mesej dari Mell.

Elisa, boleh tak tolong hantar aku ke SMC.Aku rasa macam tak sihat lah.
M

Aku tak berapa pasti lokasi SMC tapi waktu ni masa suntuk untuk berfikir panjang. Kawan sakit kan? Jadi ia bukan satu masalah untuk aku dan aku berkira-kira pasti Mell tahu dimana terletaknya SMC kerna itu hospital panel banknya.

Boleh .aku baru sampai. Cepat turun. See you in 5 minutes.
E

Masuk je Mell dalam kereta, “ Elisa, kau tahu Smc kat mana tak?” Mell tanya dengan suara separa sihat dan muka pucat. “ SMC baru je jadi hospital panel aku, so, aku tak berapa pasti dekat mana”

Ah sudah Mell ni…Aku ingatkan dia tahu. Nampaknya aku terpaksalah call Liam waktu-waktu petang ni. Tak sampai hati aku nak marah si Mell ni.

“ Takpe aku tanya Liam, dia expert sikit jalan dekat Shah Alam ni”
Hampir 10 minit aku di telefon, namun satu apa pun aku tak faham.Mabuk ke apa dia ni. Better aku telefon Zara.Belum sempat aku call Zara, dia call aku.Aku taknak cakap dia soulmate atau. Tapi banyak sangat kebetulan. Telepati.

“Hai babe. You kat mana ni”
“Hai, I on the road ni nak pergi SMC sekejap.”
“Siapa sakit?”

“Mell. You tau jalan tak? I rasa I hampir sesat ni”
Aku memintas percakapan Zara.Aku perlu jawapan cepat dan tepat.Banyak simpang depan aku sekarang ini, aku tak tahu simpang mana kena belok.

Jauh juga rupanya, dekat seksyen 20. Dalam nak mencari- cari simpang yang betul, aku cuba nak potong sebuah lori yang besar; cukup nak buat kereta aku terbelah lapan..sudahnya, aku kena hon paling kuat semenjak aku naik kereta ini..

Aishh~ hello pakcik..aku dah bagi signal kot.Tahu tak signal itu kegunaannya untuk cakap ..'pakcik,tumpang lalu saya nak potong pakcik, bagilah saya potong'.

Lepas kena hon ingat nak pecut tinggalkan lori tadi, tapi pakcik ini memang otai. Dia pecut aku dari tepi sambil mulut membebel dan menunjukkan tangannya.Adui,marah betol. Aku tebalkan muka buat tak nampak je pakcik tu..sampai satu simpang pakcik nampak aku nak belok,dia hon aku lagi.Malu..tapi sebab aku pon nak tunjuk tak puas hati..aku hon dia balik..bunyi kentot bunyi kentotlah..Aku tak kira!

“Kau ni Elisa, lori tu, dengan pakcik pun kau nak bergaduh ye?”
“ Eh takdelah. Aku cuma bergurau manja je dengan pakcik tu” Pecah gelak kami dalam kereta.” Eh sebelum aku lupa, kau kenapa sebenarnya nye? Sakit ape ni?”
Mata aku kembali fokus pada pemanduan aku balik.
“Aku rasa aku ada symptom H1n1 lah” selamba Mell jawab tanpa rasa bersalah.

Aku tergamam.
H1n1? Bukan ke itu wabak yang serius kat Malaysia sekarang ini. Bukan ke patut dia pakai proctection. Bukan ke aku pakai proctection. Atau bukan ke dia patut bagi tau aku lebih awal? Walaupun H1n1 berjangkit melalui air liur, tapi buatnya kat aku special kes, buatnya masa bergelak tadi airliur tepercik ke aku ke.


“Eh, Elisa kau kenape?.”
“ H1n1 tu kan serius, mana ade vaksin lagi. Kalau awal-awal cakap kau ade symptom tu kan senang. Mana tau aku berjangkit ke nanti”

“Merepeknya nye kau ni Elisa, takkan lah aku nak sebarkan penyakit aku kat kau pulak. Mana ade tersebar dalam keadaan macam ini. Tak berjangkitnya lah. Yang buat aku rasa ade penyakit ni sebab aku kan kerja kat bank, environment aku banyak customer, ade yang baru balik oversea. Aku rasa tak sedap badan sebab tu aku mintak cuti setengah hari. Aku nak cek kalau betul mungkin aku nak mintak mc ke ape ke..”

Aku masih meragui kesahihan tentang fakta virus H1n1. Sampai saja dekat SMC aku bergegas keluar kereta. Harap Mell tak nampak reaksi aku yang agak keterlaluan. Tapi kalau aku disahkn ada wabak ni, nanti kena kuarantin. Aku memang taknak kena H1n1, lain lah Sandra, memang mintak nak ada H1n1.Potong betul lah fikir pasal Sandra masa-masa macam ini.

Sambil menunggu Mell buat check up, aku pun membelek belek surat khabar yang ada kat situ. Tetiba mata aku tertumpu dekat seorang mamat Singh yang duduk kehulur hilir depan aku mcm tak reti nak duduk. Ei rimas aku, then aku nampak sorang ini muka macam baru lepas nangis.
Entah macam mana ringan pula mulut aku nak tanya,



“ Are you ok?”.
“Ok” sambil menganguk. Ceh macam tak ikhlas je.
Terasa nak menyibuk lebih sikit. “ What happen?”.
“ My father. Got heart attack”
“ Is he in the emergency room” soalan bodoh boleh tak bagi soalan yang lebih prihatin.

“ Yes” anak mata mamat ni dah mula bergenang. Kasihan aku tengok dia. Teringat aku pada Ayah. Sihat kah dia? Lama aku tak jenguk orang tua tu. Dahlah aku satu-satunya anak dia. Rasanya kali terakhir jumpa dia beberapa bulan lepas. Itu pun aku cuma hadiahkan jam tissot lepas dapat bonus akhir tahun.

Mell keluar dari bilik doktor. Selang beberapa minit kemudian, suasana hingar bingar sikit. Seorang doktor keluar di iringi dua nurse memanggil keluarga Singh tadi.

“Kami dah cuba..”

Cuba?? Rasa nak pecah jantung aku. Ini ayat cliché’ yang aku selalu dengar dekat tv. Drama melayu. Ke aku dalam program kantoi ke, wakenabeb ke? Eh tak tak. Ini kenyataan, ini cerita benar.Betul ke bapa dia orang dah meninggal.

“Melissa Abdullah”

Mell bangun ke kaunter. Aku yang masih tak puas hati, bangun membontoti Mell ke kaunter.. Aku mahu jawapan yang 80% meyakinkan. Tanpa aku sedari mulut yang becok ni..

“Kak, ayah diorang macam mane? ok tak?”

Nurse itu cuma menggelengkan kepala. Aduh. Aku rasa kaki aku tak pijak tanah. Nak pitam. Kesiannya. Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada dalam situasi mamat tadi. Mampu ke aku hadapi situasi macam ini.
Waktu ini aku teringat ayah..aku rindu ayah. Namun ego aku membuatkan aku seakan terlupa kepada ayah, dan, sebelum keluar dari situ aku toleh kearah Singh tu tadi. Lidah aku kelu. Tak mampu bersuara. Tadi kepoh sangat.
Sorry for your lost.may god bless him

Sepi..Hanya tangisan yang kedengaran. Aku bersimpati, walau bagaimana pun aku lega bila Mell disahkan negative H1n1.

Sedutan Chapter 4


“Hai Elisa” suara Liam memecahkan fikiran aku.
Aku tersenyum “Hai”.
“Awal you datang”
“Memang sepatutnya I, you dan Sandra kena datang awalkan. Sape you bawa harini”
“Oh, I bawa Mr Rafi untuk tengok tengok projek ni macam mana. He looks interested to invest in this project. Where is Mr Haris? Tak nampak pun bayang dia”
“ Ada. Dia jumpa kawan kawan dia tu. I rasa majority kat sini kawan- kawan dia je”

“Sorry ya sio cheee” Suara tak puas hati Liam kedengaran. “ I yang contact mereka semua untuk datang exhibition hari ni. Erm.. You ambik catering mana kali ni?”
“ Ni Jay yang rekemen. I tak tau la pulak. I just makesure sume datang and on time, and ask them to bring extra just incase the food is not enough”
“ Good move” Liam mengangguk kepala dan melihat jamnya. “Dah sampai waktu ni.Mana orang Permata Holdings, patutnya diorang bagi briefing sikit pasal projek ni kan”
“ Itu lah… I tengah tunggu lah ni. Lambat la pulak. Hold on.. I try call”
Semasa aku sedang cuba menghubungi wakil dari Permata Holdings, Liam beransur meninggalkan aku dan menghampiri seorang tetamu yang hadir. Aku tersengih melihat gelagat Liam yang ala-ala lembut itu.
Liam..Liam..
“ Hello, Mr Arian, the briefing is about to start. Err, where are you?”
“ Ah Elisa, Im sorry to mention that I couldn’t attend the briefing, but I’ve send someone to replace me. I have stuff to settle”
“ Where is he? Takde pun”
“ I’ll contact dia and pass your number to him”
“Ok thanks!”
Apahal pula dengan Permata Holdings ni? Saat-saat akhir buat drama pula ni!
Boleh pula gantikan orang last minute macam ni?Masalahnya orang yang di tugaskan itu tahu ke pasal projek ni? Nanti tak pasal-pasal aku yang kena marah dengan En Haris.
Kusut-kusut.
Aku terus menuju kearah En Haris yang sedang rancak bergelak ketawa mendengar kata kata Liam.
“ En Haris, kita ada situation sikit. En Arian tak dapat hadir untuk briefing ni dan dah hantar seorang wakil untuk mengantikan tempatnya.Eam…but I’m not so sure, this guy is capable to conduct the briefing.“ Aku bisik ke telinga. En Haris terus menarik aku ke tepi “ Please excuse me”
Liam memberi pandangan seperti mahu menyekik aku.
Eh mamat ni macam aku pulak yang salah. Lantak lah aku ada masalah yang perlu diselesaikan dulu.
“ Eh, Elisa, macam mana ni? You tak remind dia ke?”
“ Dia yang remind I semalam. Then pagi tadi I remind dia dan text dia dah. When I call him to ask where is he, he said tak dapat datang pulak ade masalah urgent to settle.”
“ Alamak, kenapa macam ni? Kata company bagus. kenapa worker macam ni pun ade. Ape yang urgent sangatnya?”
“ I have no idea at all, but he already pass my number to his substitute.”
Telefon aku berdering.
Nombor yang tak dikenali.
“Hello” Aku tengok muka En. Haris berubah. Cemas.
Aduhai ini projek besar pertama GL. Siape yang tak susah hati. Bad impression pada tetamu yang hadir.
“Hello” suara lelaki- separuh-macho di talian. “Can I speak to Miss Elisa?”
“Speaking” aku menjawab dengan selamba.
“Hai, I’m Haris, from Permata Holdings. I yang ganti En Arian untuk briefing petang ni”
“Oh Ok. Mr Haris is it. Where are you now? The briefing is about to start in 15 minutes”
“ I’m already here looking for you”
Looking-looking..?aku tak Nampak siapa pun!
“Ok macam ni, just come to the center of the showroom im the one with the grey suit”
“Ok I dah nampak you. Be there in a sec”
Aku mematikan telefon
“So how Elisa?” . En. Haris tanya dengan muka ala-aku-akan-bertukar-jadi-Shrek.
Alahai…
“Don’t worry. He is here. I think I can give him a short brief”
“Dia ni temporary ke permanent?”
“I think it’s temporary” mata ku tertumpu pada seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kemeja hitam berwangian Polo black. Ya aku pasti ia bauan Polo Black.
Aku pernah menemani Zara mencari perfume itu untuk Valentine’s day bulan lepas.
“Mr Haris from Permata Holdings?” suara ala professional aku
“Yes I’m Haris.”
“Perfect this is my boss Mr. Haris. Mr Haris meet Mr Haris from Permata Holdings.”
Aku cuba menahan rasa lucu. Ini kali pertama dalam banyak-banyak projek ada dua orang yang bernama sama. Takpelah aku boleh panggil dia Haris PH.
“Oklah En Haris”. En. Haris menghulurkan tangan bersalam dengan Haris PH dan bertukar senyuman.
“Mr Haris is the Head of Sales and Marketing di Glamorous Land “
“Yeah. I know him. He is a well know person in the industry.Selangor development field. He’s the one who came out with the great idea’s. Puncak Perdana, the commercial land.”

Puji Nampak. Ambil hati boslah tu.
Encik Haris boss tersenyum “Tapi tanpa executive macam Elisa, takkan jadi projek macam ni”
Wah puji… hari ini hari puji memuji ke?

Sedutan Chapter 3


Selamat Elisa!. Di hadapan cermin, aku mempamerkan senyuman mengejek diri sendiri ke yang bakal berdepan dengan perubahan di tempat kerja. Semoga hari ini, langkah aku, langkah kanan. Lagikan, hari ini hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari, pasti ia lebih baik dari hari-hari sebelumnya, pasti lebih tenang, atau mungkin aku boleh mintak tolong Mell doakan aku. Mataku memandang bilik Mell. Jangan berharap Elisa, doa yang diharapkan, kata-kata nasihat yang kau dapat. Mell..

Bermula lagi episode menahan teksi buat aku.
Dalam perjalan ke ofis, aku sempat meminta pakcik teksi menyinggah 7E di Seksyen 9 untuk membeli suratkhabar NST. Surat khabar merupakan kebiasaan aku setiap hari untuk mengetahui berita dan segala cerita yang terkini. Lagipun, kopi kapal api kegemaranku sudah habis di ofis, susah dibuatnya kalau kopi tiada nanti.

Aku tiba di Bangunan Anggerik Mall. Kelihatan lenggang. Aku pantas menghayunkan langkah penuh keyakinan, dengan semangat yang membara di dada, dengan iltizam dan dedikasi.

“Hai Elisa, cantik warna baju you hari ini..”
Erk!
Brain freeze. Boleh?
“Hey..semalam you mimpi dapat feng shui yang baik ke?” suara serak-serak basah dengan accent English Uk.
Suara itu milik Sandra. Jangan toleh.
Mungkin ini antara petanda awal hari buruk.
Dari ekor mata, aku perhatikan senyum di muka Sandra seperti dibekukan. Muka bulat dengan spek mata yang berbingkai hitam.

Aku biarkan 5 saat berlalu tanpa sebarang reaksi.
Aku membetulkan suara.
‘Feng shui??” Suara dilontarkan dalam ton yang paling rendah.

Topik ini merupakan kelaziman Sandra. Mendengar hanya suaranya, pasti ramai yang kagum dengan slaga UK, tak ubah seperti minah salleh.

Tapi kalau melihatkan penampilannya. Cop bukit atau orang putih gelarkan geek, sedangkan dia kelulusan luar Negara di  Brunel University London dalam bidang Business and Management(Acc).
Dia ini, kalau ujibakat masuk rancangan muzikal Glee, confirm terpilih punya!

Namun, menjadi persoalan oleh kami adalah, bagaimana dia menjalani kehidupan di sana.  Negara yang membangun dengan perkembangan fesyen terkini. Adakah mungkin jati diri  dia masih kuat.Atau dia memang mengasingkan diri di bawah tempurung lut sinar??
Whatever..
“Yup..i think you should read your feng shui for today..it must be good??” Suaranya memecahkan keheningan suasana kerana mata dan fikiran aku tertumpu ke baju kuningnya.

Sandra menekan butang 6 di mana terletaknya bahagian pemasaran. Kami berkongsi tingkat bersama bahagian Admin. Cuma bahagian RnD dan ofis bos besar di tingkat 3. Sandra masih bercakap tentang Feng Shuinya. Dia memang obsessi. Habis di ubahnya pokok bunga dalam ofis, dan beberapa peralatan di ofis, kerana menurutnya, rezeki tak masuk kalau terlampau banyak barang di depan pintu. Rezeki rasa rimas dan mungkin akan cari tempat yang lain. Tiada siapa yang larat melayan cerita Feng Shuinya kecuali Liam yang talam dua muka. Jay memang tak berkenan langsung. Kalau dia dengar perkataan Feng Shui tu, mungkin mereka akan mula berdebat.  Aku mengalamun sendiri.
Cepatlah lif!

sedutan chapter 2


Aku menekan butang 3. Menelefon Alia. Aku mahu mengingatkan dia untuk memaklumkan En Arian dari Permata Holdings tentang pameran nanti. Kalau tidak diingatkan, tak tahu apa yang jadi nanti.

Namun tiada jawapan. Tak datang ofis lagi ke minah ni?
“Yes Cik Elisa..Morning” Alia di hujung talian.
“Alia, morning. Please make sure you dah call Permata Holdings to remind them about the exhibition. Kalau dah call, call lagi…”
“Okay Cik Elisa.”
Alia, adalah assistant aku, masuk tahun kedua dia bekerja di bawah aku. Setakat ini, aku berpuas hati dengan kerjanya. Mungkin kerana dia tahu natijahnya cuba membuat silly mistake dengan aku.
Berbalik tentang projek baik aku ikutkan sahaja arahan mereka. Bukannya projek ini keluar modal aku.Lagipun mereka berpengalaman menjadikan sebuah tempat yang tiada nilai komersial menjadi tanah paling mahal di Selangor seperti Puncak Perdana.
Tapi kalau projek ini tidak berjaya, pastinya aku antara orang terpilih dilucutkan jawatan, sebabnya aku tak pandai kipas si Haris. Marketing Executive untuk Marketing Department. Besar kemungkinan aku di tangga pertama senarai pembuangan pekerja. Mungkin. Keberangkaliannya sangat tinggi.
Tangan aku masih menyelak fail dan si Liam masih di situ. Aku mengalihkan pandangan ke Liam yang sedang menghirup kopinya.
“Eh anyway, you ada gossip apa pagi-pagi buta dah tercegat dekat tempat I ni?’
“Owh..I got good news for you Elisa.”Tomorrow you are going to have practical student under your supervision, a girl.’ Liam senyum senget.
Aku tahu senyum itu.
Aku masih ingat peristiwa Liam memberitahu aku tentang Sandra didapati terkena virus H1N1. Mana ada orang yang menceritakan pasal kawan sakit dan tersenyum tapi aku masih ingat ketika itu
“ Elisa, you know what, Sandra suspected H1N1” dan kemudian aku diberitahu yang aku mengantikan tempatnya sebagai ketua projek sedangkan aku sedang sibuk menguruskan projek Puncak Perdana. En Haris seperti hilang akal
Adakah patut seorang eksekutif yang sibuk diberikan tugas berat sedangkan si cina pendek ini goyang kaki. Entah apa yang dia cucuk si En Haris itu. Agaknya bos dah terkena nasi kangkang si Liam. Aku tersenyum sumbang sendiri tatkala mengingatkan kejadian serupa bakal berulang.
Aku tahu ada sesuatu yang tak kena mengenai budak praktikal itu.
Aku menutup keras fail dan memandang tepat ke muka Liam.
“Kenapa dia diletakkan bawah I, kenapa you tak ambil, I rasa you lebih layak mengajar daripada I kan?”Aku mahu menolak semua ini, kenapa Liam yang suka menunjuk pandai tak mahukannya. Pasti ada sesuatu tentangnya. Aku menggetuk pen ke dahi, dan cuba berfikir dengan lebih rasional. Adakah mereka mampu untuk bekerja dengan aku.
Menjadi kebiasaan pelajar praktikal Uitm mahu ke syarikat ini untuk menjalani praktikal kerana mereka tahu, nama GL cukup kukuh dan dikenali untuk melayakkan mereka bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selalunya pelajar Uitm yang suka praktikal di sini. Mudah kerana mereka tidak perlu bersusah payah menyewa rumah atau berulang alik kerana GL terletak di Anggerik Mall yang berhampiran SACC dan Kompleks PKNS.
Pastinya mereka antara yang akan berusaha keras untuk menempatkan diri dalam syarikat ini. Malah kebanyakkan pekerja di sini merupakan bekas pelajar Uitm termasuk juga aku.
Sudah hampir 12 tahun GL beroperasi di sini, dan hampir 80 peratus daripada tempat ini adalah ofis syarikat GL.
“Elisa…” Liam memetik jarinya. Aku tersedar dari berfikir yang panjang tadi.
‘Eh Liam, why should I, why not you take charge of her?’ Aku kembali mengajukan soalan yang tidak dijawab Liam tadi. Liam masih tersenyum. Muka dia yang putih ini, kalau kena lempang mungkin lebih berseri. Geram aku.
Budak praktikal ni hanya akan mendatangkan masalah. Aku tak mesra dengan budak praktikal atau budak bawahan aku.

Cont. Chapter 1


“Sorry…” Mell mengangkat tangan memohon ampun. Aku menelan roti tadi dan meneguk kopi. Mujur tak termuntah tadi. Mell menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Meja makan yang terletak dihadapan bar kecil ini hanya cukup untuk kami berdua.

“Its ok. Roti?” Aku menghulur roti kepada Mell. Mell wanita paling lembut pernah aku jumpa dalam dunia ini, atau mungkin manja. Gelagat dia boleh membuatkan mood aku bertukar baik.

“Kau tak jawab soalan aku lagi?”
“Soalan apa?”
Mell mencebik muka. “Aku tanya kau ok ke?”
“Kenapa, aku nampak tak ok ke?”
“Tadi aku nampak kau asyik pandang jam je?”
Aku meneguk kopi. “Selain lambat nak ke ofis. Aku ok je..”
“Lambat? Sekarang baru 7.35 pagi. Hari ini kau punch card pukul 8pagi ke??”
Mell ketawa kecil, merah mukanya. Seronok betul dia, aku tengah gelisah mengenangkan yang sekejap lagi aku akan ke ofis dengan teksi.

“Mell..kan kereta aku rosak. Aku terpaksa naik teksi ke ofis. 7 tahun aku tak naik teksi tau. Nervous pula rasanya.”
“Bukannya kau kena berdiri pun dalam teksi Elisa.” Mell masih menyakat. Mungkin dia tak pernah tengok aku segelisah ini.
“So, kau memang ok la kan?”
Mell seperti tidak puas hati dengan jawapan aku.

Aduh…Sudah si Mell ni. Mencari kelemahan untuk membuatkan aku meluahkan perasaan pagi-pagi buta ini. Lepas itu, dia mulakan sesi ceramah mini dia. Sudahlah aku lambat ke ofis, kusut fikiran aku bila mengenangkan aku harus menunggu teksi atau lebih teruk aku harus mengejar teksi, ceramah lagi?

Mata yang tertumpu pada makanan tadi kini memandang wajah Mell.

 “Betul la cik Mell..??” Aku melebarkan senyuman sehabis boleh seperti Joker dalam filem Batman. Kemudian perlahan senyuman terukir di wajah Mell.

Mellisa Abdullah. Seorang Cina Mualaf setahun yang lalu. Senyumannya mampu membuatkan sesiapa yang marah akan jadi tenang. Manis. Mungkin cahaya keimanan yang terbit dari dalam diri. Mell membuatkan aku sentiasa menjaga tertib di rumah. Dia seringkali menasihatkan aku soal agama, kerana dia sayangkan agama Islam.

Setelah 3 tahun menjadi teman serumah, dia menyampaikan hajatnya memeluk agama Islam.  Aku gembira dan menyokongnya, namun aku berterus terang yang ilmu agama aku cukup makan sahaja. Muka Mell memang buat aku rasa Islam itu indah. Cuma aku masih aku. Kalau mendengar sesi ceramah di pagi hari dengan tak sengaja muka aku berubah.

“Kalau kau kata macam itu, baguslah..Pagi-pagi tak elok buat muka macam tu..Rezeki pun takut…”
“Eh..mana aku buat muka pula..kan aku senyum ni….” Aku sekali lagi tersengih sebesar yang mungkin menampakkan keseluruhan gigi yang putih berseri.
“Wah…lawanya gigi kau pagi ini…guna kayu sugi ke?” Aku tahu Mell bergurau.
“Haha…aku punya berhabis duit semalam pergi cuci gigi kat Klinik Tan, kau kata aku guna kayu sugi..kau ni Mell..” Aku bangun dari kerusi, mencapai kot hitam, beg tangan dan beg laptop satu persatu. Sarat tangangku dengan barang, namun masih boleh untuk membuka pintu. Aku ada mesyuarat pagi ini. Aku perlu cepat.

“Eh..kenapa pula. Takde salahnya dengan kayu sugi..Kau tahu, zaman Rasullulah dulu..dia guna kayu sugi sahaja. Mulut tak berbau, gigi bersih……bla..blaa…” Ceramah Mell sudah sampai waktunya.

 OK.Berhenti di situ Mell. Aku lambat ke ofis.
 Aku bangun dari kerusi “Mell..aku dah lambat..aku pergi kerja dulu ok?”Aku memotong pantas, sebelum Sirah Rasulullah dipanjangkan, baik aku beredar. Bukan niat aku taknak dengar… namun masa berlalu seperti kilat.
Aku mengerling pada jam di tangan: 7:50am.
Apa yang aku fikir ini. Bukan ke aku kena naik teksi. TEKSI??
@#@$!! Aku dah lambat. Beg dan kot dicapai aku terus keluar dengan sepantas kilat. Mungkin kilat pun tertinggal 20 meter di belakang.
Dengan make up yang sederhana, baju kemeja putih bersih dengan skirt hitam dan kasut tumit tinggi 4 inci, aku melangkah pantas.

“Bye Mell!”
Belum sempat aku mendengar Mell menjawab.

Pagi ini pasti sesak, hari Isnin. Ini pula hari pertama dalam tempoh tujuh tahun, aku naik pengangkutan awam. Lif aparment ini pula, saat genting dia nak terhegeh-hegeh naik. Tiap-tiap bulan kos selenggara bayar. Servis lah lif!
“Pagi!”
 “Waalaikumussalam” Aku mengenyit mata kepada mamat berkemeja kemas, yang memegang helmet ala rempit.
Pagi-pagi terkejutkan aku, kalau lah aku melatah hayun beg ini ke kepala dia..Mungkin itu akan jadi pengajaran hidup buat dia.
Baru padan muka kau!
Ini rempit yang aku tak tahu namanya. Jiran yang suka pada Mell. Aku tak suka dia, sebab dia rempit.
Tipikal kan?Hehe!

Tapi…memang dia rempit sebab aku pernah nampak dia dekat..kejap…dekat…dah lupa.
Yang pasti itu bukan tempat lelaki yang baik. Aku tak layak menilai, Terpulang. Tapi kalau Mell mahu berkawan dengan dia, pasti aku akan halang kerana aku rasa ada yang tidak kena dengan mamat ini. Lupakan keutamaan aku buat masa ini adalah untuk sampai ke tempat kerja pada waktu yang tepat. Aku rasa perlu untuk mendapatkan teksi di perhentian bas.  Teksi berhenti dekat perhentian bas ke?

Aku mengangkat tangan tinggi. Menarik nafas dalam-dalam.
“Teksi!!!”
Betul ke ni cara aku tahan teksi?
Aku pantas menuju ke teksi dan membuka pintu teksi, tapi kenapa macam lembut je rasa?
“Opss!”
“Hai sorry”aku bersuara keras. Lantas aku bersusah payah memasukkan diri ke dalam teksi dengan barang-barang yang sarat di tangan.
“Hello Miss. I’m the one who stop the taxi, and I think this is my taxi” Gadis  20 an berambut panjang macam model iklan Sunsilk ini tiba-tiba melenting.
Tak hormat orang dewasa langsung budak ini.
Sabar Elisa. Fokus utama untuk sampai ke ofis sebelum 8.30pagi.
Emm.. aku cuba membetulkan suara. Di fikiran aku ayat sudah teratur untuk diucapkan dengan cara yang lebih lembut supaya gadis ini keluar dan aku sampai ofis tepat pada masanya.

“Excuse me, I’m the one who stop the taxi. So, please..I dah lambat ni..” Aku menunjukkan isyarat tangan untuk gadis itu keluar.

“Like I care. Sorry , im the one who stop the taxi, and I think this is my taxi” gadis berambut panjang itu menyelak rambut dengan penuh lagak. Aku hanya diam, memendam rasa sakit hati-di-pagi Isnin-yang-malang!

Keadaan teksi senyap seketika seperti ada malaikat yang lalu. Bukan ke pakcik ini patut tanya kami hendak kemana?. Tak aku patut cakap aku nak kemana, tapi belum sempat aku buka mulut ;

“ Pakcik, saya nak pergi ke bangunan Anggerik Mall.”
“Anggerik Mall???” Itu tempat aku. Waktu ini aku ada dua pilihan: Satu, aku kongsi teksi ini dengan budak perempuan ini dan tidak lambat ke ofis atau dua, aku cari teksi lain dan lambat dan kebarangkalian aku untuk dimaki dengan Haris sebab lambat meeting dengan Permata Holdings pagi ini. Tapi tak aku tidak akan berkongsi teksi dengan perempuan yang biadap. Itu keputusan aku muktamad. Mungkin aku patut ketepikan ego aku. Tak mungkin, tak mungkin aku bukan orang yang boleh bertolak ansur dengan perempuan biadap yang dah merosakkan mood aku di pagi hari Isnin ini.

“Pakcik boleh minta tolong dia keluar dari teksi kerana saya rasa ini teksi saya” Sekali lagi gadis rambut ala model iklan Sunsilk bersuara. Geramnya!

“Tak , ini teksi saya sebab saya yang masuk teksi ini dulu. So kalau you tak puas hati you boleh keluar.”

“Eh anak-anak, macam ni, teksi ini teksi pakcik. Kalau anak berdua nak pakcik hantar, pakcik boleh hantar kan dua-dua.” Pakcik itu cuba memujuk dengan sopan.

Aku harap aku dapat naik teksi pakcik ini dan pergi ketempat kerja tapi…
“Takpelah pakcik, saya takkan kongsi teksi dengan orang yag biadap macam perempuan ini” aku keluar dengan penuh keegoan dan kerisauan yang aku akan lambat ke ofis. Tak. Maruah aku lebih penting. Ya aku akan lambat, pasti aku akan lambat.
“You wish” itu ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku menghempas pintu teksi itu dengan kuat. Maaf ya pakcik saya emosi pagi ini.
Misi di teruskan dan aku perlu mencari sebuah lagi teksi untuk ketempat kerja.
Teksi!!

Setibanya aku di ofis, aku rasa satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama lapan tahun aku berkerja di Glamorous Land. Aku menyusuri laluan cubical, seperti tikus yang berhati- hati dengan pemangsanya. Mungkin percubaan pertama tikus tidak akan berjaya atau mungkin berjaya?.

Alia memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku berpura-pura tenang, namun mataku liar meninjau dari jauh jikalau kelibat Encik Haris ada di bilikku.

Yes!Clear! Encik Haris tiada di bilikku. Dengan itu aku boleh berpura-pura berada di ofis.
Aku memberi senyuman 2 saat kepada Alia.

“Morning Elisa, You are late!!”
Oh mak kau!
Suara garau ala-ala Ramli Sarip memecah keheningan suasana ofis. “ You know that you need to accompany me to the meeting 10 o’clock. Have you prepared everything?”
Bila masa pula orang tua ini ada di belakang aku.
Aku memusingkan badan, cuba untuk tersenyum, walaupun, gerun mendengar suara Encik Haris yang bergema.

Malu. Pegawai pemasaran atau pengurus projek dimarah di hadapan khalayak ramai.

Aku dilayan seperti budak, Encik Haris langsung tak tahu nak beri muka ataupun menegur dengan cara yang lebih diplomatic.
Ah!

“Err..Im sorry but everything is ready.I’m gonna take my file and we can go straight to the meeting” Suara ditekan agar tidak kedengaran bergetar.
Encik Haris mengangguk perlahan dan aku juga mengangguk.
Lebih baik aku angkat kaki dan terus berjalan. Dan…
Jangan toleh wahai Elisa Si Tikus yang malang.
“Elisa..”

Tolong jangan tambah lagi. Cukup apa yang Alia dengar. Sudahlah minggu lepas aku herdik dia tentang buku pelawat untuk pre-bird exhibition yang salah. Kesalahan kecil yang hampir membuatkan Alia berhenti kerja.

Tapi..
Waktu itu, mungkin aku sedikit tertekan dengan tugas yang berat, dan mungkin aku patut buat begitu supaya kerja dijalankan dengan sempurna. Dan,
Mungkin Encik Haris marahkan aku kerana sebab yang sama.
Karma?
Ah!
“Yes Bos!”, dengan pantas aku menoleh.
 “Elisa I know you’ve done a lot for me.” 
Ada lagi ke? Cukup lah. Sudahah kantoi, tolong jangan bagi racun pula. Bukannya aku selalu begini.
 “Please don’t be late next time.”
Suasana senyap seketika, aku rasa ini lah kali pertama aku lambat,
OK.Tiada alasan Elisa, Encik Haris tak suka pekerjanya lewat, terutama sekali eksekutif.
Memang salah, aku patut datang awal, dan aku patut berkongsi teksi dengan budak perempuan yang biadap itu.
Sepanjang mesyuarat berjalan, aku rasa aku nampak Haris bercakap tanpa suara.. Selama lapan tahun rekod aku bersih.

Orang selalu kata hari Isnin hari malang, tapi kerana aku konsisten. Tiada apa yang mustahil bagi aku.
Namun hari ini, sangkaan aku meleset, 16hb Mac  merupakan hari Isnin yang bersejarah dalam hidup aku. Sudahlah kereta rosak, terpaksa naik teksi, jumpa dengan perempuan biadap pula, lambat sampai ofis, lepas itu kena marah dengan Encik Haris. Esok macam mana? Aku harap esok hari yang lebih baik untuk aku. Aku pasti esok akan berakhir. Aku Elisalah. Elisa mana pernah putus asa, Elisa mana pernah mengalah.

“Kau ok?”
Dalam satu hari ini aku rasa dah dua kali soalan yang sama diajukan kepada aku oleh orang yang sama, Mell.
Aku membetulkan duduk di sofa sambil mulut rancak mengunyah Chezzel.
“Kau ok tak ni”
“OK” jawapan pendek dan ringkas. Aku berharap Mell tidak bertanya lebih lanjut.
“Betul ke ni, kau tak nampak ok pun, kau tak sihat ke. Liam cari pasal dengan kau lagi ke? Haris marah kau lagi ke?”

Sah Mell dah di sampuk dengan polis kot, satu hari ini aku rasa dia macam polis pencen. Ke dia ini dalam diam sebenarnya perisik Jane Doe versi muslimah. Aku tinggal dengan Jane Doe ke? Sebab itu aku tak pernah tahu bila dia pergi kerja dan bila dia sampai rumah. Entah- entah dia ada pistol dalam bilik. Mata aku terus kaku ke pintu bilik Mell yang tertutup. Oh, patut lah dia selalu tutup pintu. Aku tersengih sendiri.

“Oi! Cik Elisa, sengih-sengih pulak. Kau ni ok ke tidak? Risau aku dibuatnya.Macam mana berat pun masalah kau, mesti ada jalan penyelesaiannya”
Alamak Mell dah mula lah, sesi Dr Fadhilah Kamsah, kena lari ni.
“ Aku ok la Mell, Cuma aku rasa hari ni hari Isnin yang malang kot”
“Ish, tak baik kau cakap macam tu, ada masalah sikit je tension, masalah sikit je malang.Biasalah tu masalah”
“Mell kau macam tak tahu aku je, aku kan tak suka masalah, aku tak pernah lambat pergi kerja, aku……Hari ini aku terpaksa naik teksi,tu takpe lagi, aku terjumpa dengan perempuan biadap pula, dari planet mana tah.. eii entah lah cakap pun buat sakit hati je, baik aku tak payah ingat. Dahlah Mell aku nak masuk tidurlah, baik aku tidur. Esok aku nak kena naik teksi lagi ni.Kalau kau sembahyang tu, boleh tak aku tumpang doa supaya kereta aku cepat siap sebab aku dah tak larat nak naik teksi lagi” Aku melemparkan senyuman sumbang kepada Mell.

“Cik Elisa sayang, mana ada konsep tumpang doa, apa kata kau ambil air sembahyang pastu kau sembahyang lepas tu kau doa la sendiri,kan lagi afdal. Minta Allah permudahkan urusan kau. InsyaAllah.”

Aku mahu cepat-cepat masuk ke bilik, aku tak larat, menggantuk, sudahlah ada masalah, kena perli lagi.
“Oklah, aku masuk tidur dulu”
Aku tinggalkan Mell terpinga-pinga. Mungkin dalam hati dia menyumpah perangai aku yang dari pagi tadi potong cakap dia.
Semoga hari esok lebih baik.
Ya..aku mula berdoa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...