Followers

Wall Post

Chapter seterusnya akan di post pada malam ini. 16 Dec.. Nantikan sambungan kisah Elisa

sedutan chapter 2


Aku menekan butang 3. Menelefon Alia. Aku mahu mengingatkan dia untuk memaklumkan En Arian dari Permata Holdings tentang pameran nanti. Kalau tidak diingatkan, tak tahu apa yang jadi nanti.

Namun tiada jawapan. Tak datang ofis lagi ke minah ni?
“Yes Cik Elisa..Morning” Alia di hujung talian.
“Alia, morning. Please make sure you dah call Permata Holdings to remind them about the exhibition. Kalau dah call, call lagi…”
“Okay Cik Elisa.”
Alia, adalah assistant aku, masuk tahun kedua dia bekerja di bawah aku. Setakat ini, aku berpuas hati dengan kerjanya. Mungkin kerana dia tahu natijahnya cuba membuat silly mistake dengan aku.
Berbalik tentang projek baik aku ikutkan sahaja arahan mereka. Bukannya projek ini keluar modal aku.Lagipun mereka berpengalaman menjadikan sebuah tempat yang tiada nilai komersial menjadi tanah paling mahal di Selangor seperti Puncak Perdana.
Tapi kalau projek ini tidak berjaya, pastinya aku antara orang terpilih dilucutkan jawatan, sebabnya aku tak pandai kipas si Haris. Marketing Executive untuk Marketing Department. Besar kemungkinan aku di tangga pertama senarai pembuangan pekerja. Mungkin. Keberangkaliannya sangat tinggi.
Tangan aku masih menyelak fail dan si Liam masih di situ. Aku mengalihkan pandangan ke Liam yang sedang menghirup kopinya.
“Eh anyway, you ada gossip apa pagi-pagi buta dah tercegat dekat tempat I ni?’
“Owh..I got good news for you Elisa.”Tomorrow you are going to have practical student under your supervision, a girl.’ Liam senyum senget.
Aku tahu senyum itu.
Aku masih ingat peristiwa Liam memberitahu aku tentang Sandra didapati terkena virus H1N1. Mana ada orang yang menceritakan pasal kawan sakit dan tersenyum tapi aku masih ingat ketika itu
“ Elisa, you know what, Sandra suspected H1N1” dan kemudian aku diberitahu yang aku mengantikan tempatnya sebagai ketua projek sedangkan aku sedang sibuk menguruskan projek Puncak Perdana. En Haris seperti hilang akal
Adakah patut seorang eksekutif yang sibuk diberikan tugas berat sedangkan si cina pendek ini goyang kaki. Entah apa yang dia cucuk si En Haris itu. Agaknya bos dah terkena nasi kangkang si Liam. Aku tersenyum sumbang sendiri tatkala mengingatkan kejadian serupa bakal berulang.
Aku tahu ada sesuatu yang tak kena mengenai budak praktikal itu.
Aku menutup keras fail dan memandang tepat ke muka Liam.
“Kenapa dia diletakkan bawah I, kenapa you tak ambil, I rasa you lebih layak mengajar daripada I kan?”Aku mahu menolak semua ini, kenapa Liam yang suka menunjuk pandai tak mahukannya. Pasti ada sesuatu tentangnya. Aku menggetuk pen ke dahi, dan cuba berfikir dengan lebih rasional. Adakah mereka mampu untuk bekerja dengan aku.
Menjadi kebiasaan pelajar praktikal Uitm mahu ke syarikat ini untuk menjalani praktikal kerana mereka tahu, nama GL cukup kukuh dan dikenali untuk melayakkan mereka bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selalunya pelajar Uitm yang suka praktikal di sini. Mudah kerana mereka tidak perlu bersusah payah menyewa rumah atau berulang alik kerana GL terletak di Anggerik Mall yang berhampiran SACC dan Kompleks PKNS.
Pastinya mereka antara yang akan berusaha keras untuk menempatkan diri dalam syarikat ini. Malah kebanyakkan pekerja di sini merupakan bekas pelajar Uitm termasuk juga aku.
Sudah hampir 12 tahun GL beroperasi di sini, dan hampir 80 peratus daripada tempat ini adalah ofis syarikat GL.
“Elisa…” Liam memetik jarinya. Aku tersedar dari berfikir yang panjang tadi.
‘Eh Liam, why should I, why not you take charge of her?’ Aku kembali mengajukan soalan yang tidak dijawab Liam tadi. Liam masih tersenyum. Muka dia yang putih ini, kalau kena lempang mungkin lebih berseri. Geram aku.
Budak praktikal ni hanya akan mendatangkan masalah. Aku tak mesra dengan budak praktikal atau budak bawahan aku.

Cont. Chapter 1


“Sorry…” Mell mengangkat tangan memohon ampun. Aku menelan roti tadi dan meneguk kopi. Mujur tak termuntah tadi. Mell menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Meja makan yang terletak dihadapan bar kecil ini hanya cukup untuk kami berdua.

“Its ok. Roti?” Aku menghulur roti kepada Mell. Mell wanita paling lembut pernah aku jumpa dalam dunia ini, atau mungkin manja. Gelagat dia boleh membuatkan mood aku bertukar baik.

“Kau tak jawab soalan aku lagi?”
“Soalan apa?”
Mell mencebik muka. “Aku tanya kau ok ke?”
“Kenapa, aku nampak tak ok ke?”
“Tadi aku nampak kau asyik pandang jam je?”
Aku meneguk kopi. “Selain lambat nak ke ofis. Aku ok je..”
“Lambat? Sekarang baru 7.35 pagi. Hari ini kau punch card pukul 8pagi ke??”
Mell ketawa kecil, merah mukanya. Seronok betul dia, aku tengah gelisah mengenangkan yang sekejap lagi aku akan ke ofis dengan teksi.

“Mell..kan kereta aku rosak. Aku terpaksa naik teksi ke ofis. 7 tahun aku tak naik teksi tau. Nervous pula rasanya.”
“Bukannya kau kena berdiri pun dalam teksi Elisa.” Mell masih menyakat. Mungkin dia tak pernah tengok aku segelisah ini.
“So, kau memang ok la kan?”
Mell seperti tidak puas hati dengan jawapan aku.

Aduh…Sudah si Mell ni. Mencari kelemahan untuk membuatkan aku meluahkan perasaan pagi-pagi buta ini. Lepas itu, dia mulakan sesi ceramah mini dia. Sudahlah aku lambat ke ofis, kusut fikiran aku bila mengenangkan aku harus menunggu teksi atau lebih teruk aku harus mengejar teksi, ceramah lagi?

Mata yang tertumpu pada makanan tadi kini memandang wajah Mell.

 “Betul la cik Mell..??” Aku melebarkan senyuman sehabis boleh seperti Joker dalam filem Batman. Kemudian perlahan senyuman terukir di wajah Mell.

Mellisa Abdullah. Seorang Cina Mualaf setahun yang lalu. Senyumannya mampu membuatkan sesiapa yang marah akan jadi tenang. Manis. Mungkin cahaya keimanan yang terbit dari dalam diri. Mell membuatkan aku sentiasa menjaga tertib di rumah. Dia seringkali menasihatkan aku soal agama, kerana dia sayangkan agama Islam.

Setelah 3 tahun menjadi teman serumah, dia menyampaikan hajatnya memeluk agama Islam.  Aku gembira dan menyokongnya, namun aku berterus terang yang ilmu agama aku cukup makan sahaja. Muka Mell memang buat aku rasa Islam itu indah. Cuma aku masih aku. Kalau mendengar sesi ceramah di pagi hari dengan tak sengaja muka aku berubah.

“Kalau kau kata macam itu, baguslah..Pagi-pagi tak elok buat muka macam tu..Rezeki pun takut…”
“Eh..mana aku buat muka pula..kan aku senyum ni….” Aku sekali lagi tersengih sebesar yang mungkin menampakkan keseluruhan gigi yang putih berseri.
“Wah…lawanya gigi kau pagi ini…guna kayu sugi ke?” Aku tahu Mell bergurau.
“Haha…aku punya berhabis duit semalam pergi cuci gigi kat Klinik Tan, kau kata aku guna kayu sugi..kau ni Mell..” Aku bangun dari kerusi, mencapai kot hitam, beg tangan dan beg laptop satu persatu. Sarat tangangku dengan barang, namun masih boleh untuk membuka pintu. Aku ada mesyuarat pagi ini. Aku perlu cepat.

“Eh..kenapa pula. Takde salahnya dengan kayu sugi..Kau tahu, zaman Rasullulah dulu..dia guna kayu sugi sahaja. Mulut tak berbau, gigi bersih……bla..blaa…” Ceramah Mell sudah sampai waktunya.

 OK.Berhenti di situ Mell. Aku lambat ke ofis.
 Aku bangun dari kerusi “Mell..aku dah lambat..aku pergi kerja dulu ok?”Aku memotong pantas, sebelum Sirah Rasulullah dipanjangkan, baik aku beredar. Bukan niat aku taknak dengar… namun masa berlalu seperti kilat.
Aku mengerling pada jam di tangan: 7:50am.
Apa yang aku fikir ini. Bukan ke aku kena naik teksi. TEKSI??
@#@$!! Aku dah lambat. Beg dan kot dicapai aku terus keluar dengan sepantas kilat. Mungkin kilat pun tertinggal 20 meter di belakang.
Dengan make up yang sederhana, baju kemeja putih bersih dengan skirt hitam dan kasut tumit tinggi 4 inci, aku melangkah pantas.

“Bye Mell!”
Belum sempat aku mendengar Mell menjawab.

Pagi ini pasti sesak, hari Isnin. Ini pula hari pertama dalam tempoh tujuh tahun, aku naik pengangkutan awam. Lif aparment ini pula, saat genting dia nak terhegeh-hegeh naik. Tiap-tiap bulan kos selenggara bayar. Servis lah lif!
“Pagi!”
 “Waalaikumussalam” Aku mengenyit mata kepada mamat berkemeja kemas, yang memegang helmet ala rempit.
Pagi-pagi terkejutkan aku, kalau lah aku melatah hayun beg ini ke kepala dia..Mungkin itu akan jadi pengajaran hidup buat dia.
Baru padan muka kau!
Ini rempit yang aku tak tahu namanya. Jiran yang suka pada Mell. Aku tak suka dia, sebab dia rempit.
Tipikal kan?Hehe!

Tapi…memang dia rempit sebab aku pernah nampak dia dekat..kejap…dekat…dah lupa.
Yang pasti itu bukan tempat lelaki yang baik. Aku tak layak menilai, Terpulang. Tapi kalau Mell mahu berkawan dengan dia, pasti aku akan halang kerana aku rasa ada yang tidak kena dengan mamat ini. Lupakan keutamaan aku buat masa ini adalah untuk sampai ke tempat kerja pada waktu yang tepat. Aku rasa perlu untuk mendapatkan teksi di perhentian bas.  Teksi berhenti dekat perhentian bas ke?

Aku mengangkat tangan tinggi. Menarik nafas dalam-dalam.
“Teksi!!!”
Betul ke ni cara aku tahan teksi?
Aku pantas menuju ke teksi dan membuka pintu teksi, tapi kenapa macam lembut je rasa?
“Opss!”
“Hai sorry”aku bersuara keras. Lantas aku bersusah payah memasukkan diri ke dalam teksi dengan barang-barang yang sarat di tangan.
“Hello Miss. I’m the one who stop the taxi, and I think this is my taxi” Gadis  20 an berambut panjang macam model iklan Sunsilk ini tiba-tiba melenting.
Tak hormat orang dewasa langsung budak ini.
Sabar Elisa. Fokus utama untuk sampai ke ofis sebelum 8.30pagi.
Emm.. aku cuba membetulkan suara. Di fikiran aku ayat sudah teratur untuk diucapkan dengan cara yang lebih lembut supaya gadis ini keluar dan aku sampai ofis tepat pada masanya.

“Excuse me, I’m the one who stop the taxi. So, please..I dah lambat ni..” Aku menunjukkan isyarat tangan untuk gadis itu keluar.

“Like I care. Sorry , im the one who stop the taxi, and I think this is my taxi” gadis berambut panjang itu menyelak rambut dengan penuh lagak. Aku hanya diam, memendam rasa sakit hati-di-pagi Isnin-yang-malang!

Keadaan teksi senyap seketika seperti ada malaikat yang lalu. Bukan ke pakcik ini patut tanya kami hendak kemana?. Tak aku patut cakap aku nak kemana, tapi belum sempat aku buka mulut ;

“ Pakcik, saya nak pergi ke bangunan Anggerik Mall.”
“Anggerik Mall???” Itu tempat aku. Waktu ini aku ada dua pilihan: Satu, aku kongsi teksi ini dengan budak perempuan ini dan tidak lambat ke ofis atau dua, aku cari teksi lain dan lambat dan kebarangkalian aku untuk dimaki dengan Haris sebab lambat meeting dengan Permata Holdings pagi ini. Tapi tak aku tidak akan berkongsi teksi dengan perempuan yang biadap. Itu keputusan aku muktamad. Mungkin aku patut ketepikan ego aku. Tak mungkin, tak mungkin aku bukan orang yang boleh bertolak ansur dengan perempuan biadap yang dah merosakkan mood aku di pagi hari Isnin ini.

“Pakcik boleh minta tolong dia keluar dari teksi kerana saya rasa ini teksi saya” Sekali lagi gadis rambut ala model iklan Sunsilk bersuara. Geramnya!

“Tak , ini teksi saya sebab saya yang masuk teksi ini dulu. So kalau you tak puas hati you boleh keluar.”

“Eh anak-anak, macam ni, teksi ini teksi pakcik. Kalau anak berdua nak pakcik hantar, pakcik boleh hantar kan dua-dua.” Pakcik itu cuba memujuk dengan sopan.

Aku harap aku dapat naik teksi pakcik ini dan pergi ketempat kerja tapi…
“Takpelah pakcik, saya takkan kongsi teksi dengan orang yag biadap macam perempuan ini” aku keluar dengan penuh keegoan dan kerisauan yang aku akan lambat ke ofis. Tak. Maruah aku lebih penting. Ya aku akan lambat, pasti aku akan lambat.
“You wish” itu ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku menghempas pintu teksi itu dengan kuat. Maaf ya pakcik saya emosi pagi ini.
Misi di teruskan dan aku perlu mencari sebuah lagi teksi untuk ketempat kerja.
Teksi!!

Setibanya aku di ofis, aku rasa satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama lapan tahun aku berkerja di Glamorous Land. Aku menyusuri laluan cubical, seperti tikus yang berhati- hati dengan pemangsanya. Mungkin percubaan pertama tikus tidak akan berjaya atau mungkin berjaya?.

Alia memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku berpura-pura tenang, namun mataku liar meninjau dari jauh jikalau kelibat Encik Haris ada di bilikku.

Yes!Clear! Encik Haris tiada di bilikku. Dengan itu aku boleh berpura-pura berada di ofis.
Aku memberi senyuman 2 saat kepada Alia.

“Morning Elisa, You are late!!”
Oh mak kau!
Suara garau ala-ala Ramli Sarip memecah keheningan suasana ofis. “ You know that you need to accompany me to the meeting 10 o’clock. Have you prepared everything?”
Bila masa pula orang tua ini ada di belakang aku.
Aku memusingkan badan, cuba untuk tersenyum, walaupun, gerun mendengar suara Encik Haris yang bergema.

Malu. Pegawai pemasaran atau pengurus projek dimarah di hadapan khalayak ramai.

Aku dilayan seperti budak, Encik Haris langsung tak tahu nak beri muka ataupun menegur dengan cara yang lebih diplomatic.
Ah!

“Err..Im sorry but everything is ready.I’m gonna take my file and we can go straight to the meeting” Suara ditekan agar tidak kedengaran bergetar.
Encik Haris mengangguk perlahan dan aku juga mengangguk.
Lebih baik aku angkat kaki dan terus berjalan. Dan…
Jangan toleh wahai Elisa Si Tikus yang malang.
“Elisa..”

Tolong jangan tambah lagi. Cukup apa yang Alia dengar. Sudahlah minggu lepas aku herdik dia tentang buku pelawat untuk pre-bird exhibition yang salah. Kesalahan kecil yang hampir membuatkan Alia berhenti kerja.

Tapi..
Waktu itu, mungkin aku sedikit tertekan dengan tugas yang berat, dan mungkin aku patut buat begitu supaya kerja dijalankan dengan sempurna. Dan,
Mungkin Encik Haris marahkan aku kerana sebab yang sama.
Karma?
Ah!
“Yes Bos!”, dengan pantas aku menoleh.
 “Elisa I know you’ve done a lot for me.” 
Ada lagi ke? Cukup lah. Sudahah kantoi, tolong jangan bagi racun pula. Bukannya aku selalu begini.
 “Please don’t be late next time.”
Suasana senyap seketika, aku rasa ini lah kali pertama aku lambat,
OK.Tiada alasan Elisa, Encik Haris tak suka pekerjanya lewat, terutama sekali eksekutif.
Memang salah, aku patut datang awal, dan aku patut berkongsi teksi dengan budak perempuan yang biadap itu.
Sepanjang mesyuarat berjalan, aku rasa aku nampak Haris bercakap tanpa suara.. Selama lapan tahun rekod aku bersih.

Orang selalu kata hari Isnin hari malang, tapi kerana aku konsisten. Tiada apa yang mustahil bagi aku.
Namun hari ini, sangkaan aku meleset, 16hb Mac  merupakan hari Isnin yang bersejarah dalam hidup aku. Sudahlah kereta rosak, terpaksa naik teksi, jumpa dengan perempuan biadap pula, lambat sampai ofis, lepas itu kena marah dengan Encik Haris. Esok macam mana? Aku harap esok hari yang lebih baik untuk aku. Aku pasti esok akan berakhir. Aku Elisalah. Elisa mana pernah putus asa, Elisa mana pernah mengalah.

“Kau ok?”
Dalam satu hari ini aku rasa dah dua kali soalan yang sama diajukan kepada aku oleh orang yang sama, Mell.
Aku membetulkan duduk di sofa sambil mulut rancak mengunyah Chezzel.
“Kau ok tak ni”
“OK” jawapan pendek dan ringkas. Aku berharap Mell tidak bertanya lebih lanjut.
“Betul ke ni, kau tak nampak ok pun, kau tak sihat ke. Liam cari pasal dengan kau lagi ke? Haris marah kau lagi ke?”

Sah Mell dah di sampuk dengan polis kot, satu hari ini aku rasa dia macam polis pencen. Ke dia ini dalam diam sebenarnya perisik Jane Doe versi muslimah. Aku tinggal dengan Jane Doe ke? Sebab itu aku tak pernah tahu bila dia pergi kerja dan bila dia sampai rumah. Entah- entah dia ada pistol dalam bilik. Mata aku terus kaku ke pintu bilik Mell yang tertutup. Oh, patut lah dia selalu tutup pintu. Aku tersengih sendiri.

“Oi! Cik Elisa, sengih-sengih pulak. Kau ni ok ke tidak? Risau aku dibuatnya.Macam mana berat pun masalah kau, mesti ada jalan penyelesaiannya”
Alamak Mell dah mula lah, sesi Dr Fadhilah Kamsah, kena lari ni.
“ Aku ok la Mell, Cuma aku rasa hari ni hari Isnin yang malang kot”
“Ish, tak baik kau cakap macam tu, ada masalah sikit je tension, masalah sikit je malang.Biasalah tu masalah”
“Mell kau macam tak tahu aku je, aku kan tak suka masalah, aku tak pernah lambat pergi kerja, aku……Hari ini aku terpaksa naik teksi,tu takpe lagi, aku terjumpa dengan perempuan biadap pula, dari planet mana tah.. eii entah lah cakap pun buat sakit hati je, baik aku tak payah ingat. Dahlah Mell aku nak masuk tidurlah, baik aku tidur. Esok aku nak kena naik teksi lagi ni.Kalau kau sembahyang tu, boleh tak aku tumpang doa supaya kereta aku cepat siap sebab aku dah tak larat nak naik teksi lagi” Aku melemparkan senyuman sumbang kepada Mell.

“Cik Elisa sayang, mana ada konsep tumpang doa, apa kata kau ambil air sembahyang pastu kau sembahyang lepas tu kau doa la sendiri,kan lagi afdal. Minta Allah permudahkan urusan kau. InsyaAllah.”

Aku mahu cepat-cepat masuk ke bilik, aku tak larat, menggantuk, sudahlah ada masalah, kena perli lagi.
“Oklah, aku masuk tidur dulu”
Aku tinggalkan Mell terpinga-pinga. Mungkin dalam hati dia menyumpah perangai aku yang dari pagi tadi potong cakap dia.
Semoga hari esok lebih baik.
Ya..aku mula berdoa.

Sedutan Chapter 1



Jam di tangan menunjukkan 7:30pagi. 7.30, aku dah lambat. Tapi kenapa aku masih lagi melekat di meja makan. Aku kena sampai ke ofis pukul 8:30 pagi.
Elisa, ini bukan sikap seorang pekerja yang berdisplin dan pernah mendapat anugerah pekerja contoh. Ini bukan sikap seorang pekerja yang mementingkan prestasi di tempat kerja. Teruk, teruk.
Aku menggeleng kepala, pantas tangan mengangkat mug.

Harumnya bau kopi.  Sarapan pagi sempurna bila adanya segelas kopi.Aku meneguk air kopi laju, mengikut rentak lagu laju yang terlintas di kepala.

Kebenarannya,aku masih lagi tidak berpuas hati dengan kejadian semalam yang menimpa aku. Aku tak pernah lupa jadual servis kereta dan semalam, kereta aku rosak di tengah jalan yang sesak. Kisah memalukan yang teramat sangat membuatkan aku trauma, sehinggakan aku terbawa ke dalam mimpi dan menyebabkan aku terlambat hari ini. Aku tak pernah silap. Tak.

Nama aku Elisa Elias. Seorang yang fokus dalam setiap perkara dan membuat kerja pada tahap yang sempurna, sentiasa menganalisis setiap perkara dengan berpandukan logik sendiri, dan paling penting tiada apa alasan yang boleh diberi jika ia berkenaan dengan kerja.

Dalam beberapa hari ini, seperti ada yang mengganggu fikiran aku.  Mungkin kerana terlalu fikirkan keputusan yang diambil oleh lembaga pengarah meluluskan projek Kuala Selangor yang tiada nilai komersial. Lebih mengusutkan fikiran apabila tekanan diserahkan kepada aku. Aku diberi tanggungjawab menguruskan projek itu.

Elisa Elias
Pengurus Projek??

Aku masih terkejut dengan perkhabaran tempoh hari, dan terlalu terbawa dengan hal ofis dan terlupa beberapa perkara dan seperti contoh, jadual servis kereta. Malah lebih malang, kereta aku rosak di tengah jalan yang sedang sesak. Tebalnya muka apabila di hon bertubi-tubi oleh kereta di belakang aku semalam.

Belting sudah putus, itulah yang aku dengar daripada mamat yang towing kereta aku semalam. Dan ayat itu jugalah yang aku dengar di dalam mimpi aku malam semalam menyebabkan aku terlambat bangun hari ini.

Aku mengunyah roti disapu kaya. Ini makanan paling lazat mudah dan cepat yang aku mampu buat. Tak perlu hidupkan gas, tak perlu memasak. Lagipun, aku semakin sibuk dengan kerja.

Cerita tentang kerja.
Aku tak patut hilang fokus. Sepatutnya aku lebih gembira mendapat diberi tangungjawab menjadi pengurus projek itu.
Aku memang gembira.
Aku melebarkan senyuman. Sekali lagi, roti disuakan ke mulut.

Mata aku kembali melihat jam tanganku. 7.32pagi. Kelajuan kunyahan roti dicepatkan.
Aku dah lambat!

“ Kau  ok?”
Hukkk!!!!
Aku tersedak, roti yang dikunyah hampir terkeluar.
“Mellll………” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...