Followers

Wall Post

Chapter seterusnya akan di post pada malam ini. 16 Dec.. Nantikan sambungan kisah Elisa

Chapter 7



 Hari ini aku siap lebih awal dari biasa. Pukul 7, aku sudah siap untuk ke ofis.
Baju check.
Make up check.
Laptop check.
Briefcase check.
Hari ini tangan aku sarat degan barang-barang. Semua kerja di ofis aku bawa balik ke rumah hari itu. Aku tak sempat lagi nak berjumpa dengan Mell hari ini. Pintunya masih bertutup rapat, mungkin dia tidur balik lepas subuh tadi. Aku bergegas keluar daripada ofis dan tak sempat nak membancuh secawan kopi. Aku berhajat untuk singgah McD untuk sarapan supaya aku ada tenaga nanti.

Oh tak lupa, aku juga ada budak praktikal yang perlu di pantau. Aku masuk dalam kereta sambil dengar 104.9 Red fm. Setiap pagi aku pasti mendengar telatah penyampai radio dengan lawak spontan mereka . Topik pagi ini tentang karakter kartun yang di idamkan. Menarik juga topik pagi ni. Kalau diberi peluang, aku nak jadik supersonic supaya aku boleh buat lebih banyak kerja dalam satu masa. Pemanggil-pemanggil juga turut menambah kegamatan pagi ini. Tetiba aku teringat Hana dan Haris dengan watak Cockcrach dalam Ozzy dan Cockrach. Memang sesuai mereka berdua itu. Ditambah Liam dan Sandra. Aku hanya mampu ketawa sendiri.

Kini aku sudah sampai di McD seksyen 3 drive thru. Mudah aku tak perlu keluar dari kereta. Menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh di pagi hari.
“Selamat pagi. Boleh saya ambil pesanan?”
Suara pelayan McD ini kedengaran sungguh ceria. Ini la sikap yang sepatutnya di amalkan. Walaupun mungkin tak tidur satu hari penat bekerja tapi masih mampu memberi layan yang bagus. Baru pelanggan suka.
“Big breakfast dan chicken mcmuffin”
Cukup buat aku kenyang sampai tengahari. Selesai sahaja aku membuat bayaran aku terus memandu ke kaunter hadapan untuk mendapatkan makanan.
“Tunggu sebentar ya.” Aku mengangguk perlahan, menunggu penuh sabar. Masa menunjukkan  7.15 pagi. Aku perlu sampai 7.30 pagi. Aku akan bersabar 5 minit saja. Sebab aku tak mahu membazir masa di sini. Kesabaran aku akan hilang selepas itu. Kedengaran lagu Jason Mraz di corong radio. Pagi yang sempurna. Lagu macam inilah yang aku perlu untuk menambahkan lagi semangat aku.

“Kak, ni order kak. Big breakfast dan Mcmuffin kan?” sambil menghulurkan makanan kepada aku. Aku membuka plastik dan memastikan yang semua aku order aku dapat. Biasalah drive thru, pagi-pagi ni mana tahu salah letak order. Tak sanggup aku nak patah balik semula ke sini. Buang masa.
“Ok.”
“Okay terima kasih. Enjoy your meal”
Aku menguntum senyuman berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Jam 7:25. Aku terus memandu keluar dari kawasan McD.
Kereta sudah mulu berpusu pusu di keluar, mungkin ada yang nak hantar nak ke seklolah. Bas UITM pun aku tengok dah mula mengambil pelajar ke uitm.

Sambil sambil memandu aku sempat menjamah hash brown sesunguhnya tiada hashbrown yang sesedap McD di waktu pagi.
“What a perfect day!”
Setibanya sampai di Anggerik Mall, aku meletak kereta di tempat letak pertama di hadapan pintu masuk. Biasanya takkan lari aku akan dapat tempat pertama hingga tempat kelima kotak parking.

Aku terus bergegas keluar dari  kereta. Aku membetulkan baju aku dan mengambil segala barang aku. Nampaknya muatan tangan aku semakin bertambah. Dalam diam aku berfikir fikir tangan mana yang aku nak gunakan untuk menekan butang lif itu nanti. Sampai sahaja depan pintu lif, aku cuba menekan butang naik tapi sebaliknya aku rasakan yang aku tekan bukan butang tapi tangan orang. Sekali lagi… Hana. Dia ini macam stalker pula. Hari itu dia, hari ini dia. Mana aku pergi dia ada. Awal pula dia ini. Ini semangat baru awal awal pratikal ke semangat ini akan kekal tiga bulan. Selalu student ni semangat dia sekejap saja. Lama-lama semangat dia pudar.

“Sorry” aku terus memohon maaf sebab aku tak mahu rosakkan mood aku atau sesiapa pagi ini.
“It’s okay, you okay ke? Nampak macam tak cukup tangan je. Nak I tolong angkat kan?” Hana mempelawa. Nampak ikhlas tapi aku boleh uruskan.

“It’s okay takpe. I boleh handle.”  Aku  bersuara ala professional. Lif terbuka, kami berdua melangkah masuk kedalam lif. Suasana sepi dalam masa sepuluh saat.

“So macam mana showroom hari tu? Okay? I tak dapat datang la, suddenly I ada hal ” Hana memecahkan sunyi.
Aku memandangnya sambil tersenyum. “It’s okay, there will be lots of showroom coming up this year. So you will have the chance to see how’s the situation will be.” Aku cuba memberikan dia galakkan. Lagipun hari itu cuma pre-bird exhibition.

“Oh okay. That’s good, thank you, I hope to learn more under your supervision. So what should I do for today” 
“Will see. I’ll ask Alia to assist you.”
“Ok! thank you!”

 Hana bersemangat dan tersenyum riang macam kanak-kanak yang diberikan lollipop. Muka tadi yang tampaknya sedikit gusar bertukar ceria. Lagipun  dia boleh pergi showroom Glamoruous Land untuk masa akan datang. Banyak lagi showroom yang berlansung di kawasan Shah Alam ini.
Aku tersenyum melihat Hana.

Pintu lif terbuka. Kami mengambil langkah beriringan keluar dari pintu lif. Keadaan masih lenggang.  Aku berhati-hati meletakkan semua barang di atas meja. Aku terus membawa sarapan ke pantry. Aku lihat Hana sedang membancuh air. Aku lihat di rak cawan aku tidak digunakan. Pastinya dia sudah beli cawan baru. Perlahan aku mengambil cawan aku dan mencapai kopi. Cawan Hana yang tadinya terlindung sudah kelihatan. I’m commited berwarna putih . Ah sudah ini kembar cawan aku je ni. Memang hari itu ada dua warna, hitam dan putih. Tapi aku lebih gemar warna hitam sebab tak nampak kotor sangat.

“Nice mug” aku tersenyum. Tak pasti ikhlas atau tidak!
What a day??

“Credit to you miss Elisa. You are my inspiration, I nak jadi macam you”. Hana mengangkat bahu sambil membuat muka comel.
 Kes ini pasti menjadi bualan semua clique di ofis. Nanti orang ingat aku yang suruh Hana cari cawan sama dengan aku kerana dia di bawah selian aku.
Berharap cerita ini tidak akan sampai ke telinga Liam. Liam pasti seronok. Aku membancuh kopi dan terus duduk.
Satu nafas ditarik dalam-dalam. Bertenang Elisa, pagi yang indah!

Tumpuan aku salurkan kepada sarapan pagi aku hari ini.
 Aku cuba menikmati sarapan pagi aku yang sudah separuh berpeluh kerana wap, namun tidak dinafikan, kelazatannya masih terasa.

 Selesai saja makan aku terus ke meja membuka laptop dan meneliti semula semua slide untuk meeting sekejap lagi. Semuanya sudah selesai aku harapkan meeting hari ini akan berjalan lancar dengan kemunculan En Haris Permata Holdings. Teringat pula aku pasal potential investor yang ditanya- tanya kan itu. Aku menunggu Liam untuk mendapatkan senarai nama potential investor yang dia cakap kan Sabtu lepas.

“Morning siaw che”. Panjang umur cina ini. Seperti biasa cawan bunga ditangan.

“Morning. Ah Liam sebelum ko buat dosa pagi pagi ni, aku nak tanya list nama untuk potential investor tu mana?” aku cuba memintas percakapan Liam
“Ala pagi pagi you da tanya pasal kerja ke? Rileks la dulu. Kopi I pun tak habis lagi” Liam meneguk kopinya.Aku menyelak fail sambil melihat kembali minit mesyuarat untuk memastikan perkara berbangkit telah diambil tindakan.

“Elisa, I juga commited tau. Mana I boleh dapat kan cawan itu yang warna merah?” Liam ketawa kecil. aku dah agak dah soalan aku tak dijawab, cerita lain pula yang keluar.aku rasa dia Liam ni pemilik saluran CNN di Malaysia. Daripada isu yang besar sampai ke isu sekecil-kecil kuman pun dia tahu.

“Liam kalau dia dah nak beli cawan yang sama I nak buat ape?”
“Oh I ingat you yang belikan untuk dia” dia mengangkat keningnya dan melemparkan senyum senget yang sinis itu.

“Takde masa pulak I nak belikan dia cawan banyak lagi kerja kerja penting aku nak buat. I pun tak tahu cemana dia boleh jumpa cawan yang sama tu. Dahlah Liam, cerita cawan ni tak menguntungkan syarikat. Baik bagi I list tu. En Haris PH pun da tanye semalam”
“Semalam En Haris PH da tanye you? Wah ini kerja luar pejabat ni. You pergi dating ke kerja?
“Hello.. Please ok?Semalam dia tanya I pasal tu. Diorang selalu buat projek besar, mungkin benda ni penting. I taknak la nampak macam kita ni sambil lewa. Kita yang mintak nak usahasama dengan dia. So aku harap ko pergi pantry minum kopi sampai habis dan ambik list investor tu dan bagi kat aku. Ok En Liam. You tahu kan pukul 930 ni kita ada mesyuarat penting.” Aku harapkan dia ambil berat apa aku cakap dan beredar dari meja aku. Tapi sebaliknya dia duduk depan aku.

“Elisa you keluar dating dengan En Haris PH ke?” Liam meletakkan tangannya atas fail dengan merapatkan badannya ke arah aku dalam separuh berbisik. “Eh, En Haris tu kacak kan. Tergoda I. Dah lah tinggi badan tegap. Tastelah.Eii geram I tau”
Aku tolak tangan Liam ke tepi. “You jangan buat pasal eh. Jangan sampai En Haris takut nak datang sini”
“You have the right to be jeles. I kan diva.. cantik.”

Ya Allah dia ni. Tolong lah. ‘I tahu you cantik , jadi dengan kecantikkan dianugerahkan pada you pergi ambik senarai potential investor tu sekarang” aku cuba memuji dan menyindir dalam masa yang sama. Liam mencebik muka dan terus mengangkat kopinya dan hilang dari pandangan mata.

Aku dapat rasakan dalam masa beberapa minit En Haris akan datang ketempat aku untuk bertanyakan pasal fail fail yang berkaitan dengan mesyuarat itu nanti.

“Morning Elisa”
”Morning bos” tepat instinct aku tak pernah salah. Macam ada aura menakutkan sedang menuju ke arah aku.
“Are you ready for meeting this morning?”
“ Yes bos, everything is ready. Last time Mr Haris form PH did ask me about the potential investor. So right now I’m waiting for Liam to past it to me before I can present it to them” aku bercakap sambil berdiri di tepi pintu aku.

“You know how important this meeting right. So I hope you can perform. Is Jay alert with this meeting? Had she handle the food for refreshment?”
“Yes. Last Friday I did inform her about this meeting”
“That’s good. I’m counting on you, don’t make me disappointed.”  En Haris mempamerkan satu reaksi yang dia akan bertukar menjadi raksaksa sekiranya terdapat kesilapan nanti. Aku terus mendail number En Haris PH untuk memaklumkan tentang mesyuarat hari ini.
Sewaktu meeting semuanya berjalan lancar. Yang paling gembira ialah En Haris. Malah yang lebih mengembirakan bila Datuk Razak setuju menjadi investor terbesar untuk projek ini. Beliau sememangnya investor yang terbesar untuk projek lepas. Beliau meletakkan kepercayaan 200% kali ini. En Haris mengharapkan aku dapat menjayakan projek ini dengan baik.. Beban bertambah.

Dua minggu berlalu, aku dalam keadaan yang paling sibuk,perbincangan antara aku dan Permata Holdings. Dalam dua minggu ini juga lah aku asyik berulang alik dari sini ke Kuala Selangor.
Projek kali ini berbeza dengan Puncak Perdana, sebab masa itu aku mampu menaikkan nilai komersial hanya dengan melantik beberapa pasukan lain. Sebelum ini pun projek-projek lain terlalu kecil. Nama GL pun baru betul-betul naik tahun lepas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...